
Sambil membaca blog purnama patah terdengar lagu 'my endless love' dan teringat kepada filem 'endless love' yang dilakonkan oleh Brooke Shield dan Martin Hewitt. Inilah filem pertama yang aku pergi tengok wayang diuniversiti. Itu pun pergi terpaksa kerana dipujuk rayu oleh Siti Zaharah yang beria ia nak tengok. Bukan masalah sangat pergi tengok wayang, yang aku tidak selesa adalah panggung wayangnya adalah dewan kuliah D. Filem yang disewa persatuan mahasiswa dengan bayaran tiket yang murah. Bukan juga masalah dengan dewan kulih D tapi tidak selesa juga kerana ramai senior2 lelaki yang pergi tengok wayang.
Bukan juga masalah senior lelaki ramai tengok wayang, ada juga senior perempuan yang pergi tengok wayang, cuma masalahnya kami ni junior perempuan yang sedikit atau pun mungkin hanya kami bertiga saja junior perempuan yang berani pergi tengok wayang.
Bukan juga masalah jika hanya kami bertiga junior perempuan yang 'daring' untuk pergi tengok wayang di DKD, yang jadi masalah adalah kemungkinan kami bertiga atau aku diberi 'impression' negatif olih mereka.
zaman itu adalah zaman perubahan mahasiswa dari zaman 'bebas bersosial' ke zaman 'dakwah islamiah'. For the first time , aku kena pakai tudung masa minggu orientasi pelajar. Aku pakai tudung masa mengaji quran dan masa berkabung Sultanah Johor.
.....so impression yang bakal aku dapat dari senior yang 'dakwah' adalah aku bukan dari jenis mereka. So What? masalahnya, aku bukan dari jenis mereka dan juga bukan dari jenis yang bebas bersosial tak tentu pasal.
Dipendekkan cerita, kami pun pergilah tengok cerita endless love till the end. Rupanya, tengok wayang diuniversiti tak sama dengan tengok wayang di panggung. Depa bukan nak tengok wayang sangat, depa saja seronok2 nak tengok Brooke Shields, gelak2, lawak2 sesama kawan, bising2 dalam dewan...bukan nak tengok atau peduli pasal 'endless love'
....itulah pengalaman tengok wayang diDKD buat kali pertama dan terakhir. Thank you Dr Siti Zaharah kerana mengajak aku tengok wayang 'My endless love'.
....ooops lupa nak bagitau, kawan yang sorang lagi tu pun
Dr. jugak sekarang ni...
No comments:
Post a Comment