Hari ini ada berita tentang keretapi laju dari Ipoh- KL- Seremban.Kalau dalam cerita hindustan, keretapi bagaikan wajib. Hidup saya pun macam cerita hidustan juga. Tak boleh dipisahkan dari keretapi. Sejak kecil dah biasa dengan jalan keretapi kerana tiap kali melintas mak pesan jangan salah pijak rel, nanti tersepit kaki dan keretapi datang. Satu gambaran yang mengerikan ( selalu adegan begini ada dalam kartun popeye dan bini popeye diselamatkan setelah dia makan bayam). Saya bukan bini popeye.

Sebagai polis, abah dapat 'waran tiket' setahun sekali untuk balik kampung menaiki keretapi. Naik keretapi jadi satu acara besar bila mak masak nasi, rendang, rebus telur dan bawa dalam mangkuk tingkat besar warna kuning. Air kopi dalam 'thermos' warna merah. Walaupun malu nak bawa naik keretapi tapi mak kata kalau malu jangan makan.
Selain banyak bawa bekal, acara menaikkan bekal dan beg baju juga satu acara besar yang perlu persiapan awal. Tugas mesti diagihkan dan setiap orang mesti main peranan bila keretapi sampai.
Along ditugaskan bawa satu beg baju dan kejar keretapi yang masih belum berhenti betul untuk 'booking' tempat duduk. Abah bawa beg yang lain. Mak bawa bakul bekal bersama saya yang masih kecil ( tak diberi tugas apa2). Bila keretapi sampai.. 'Rebut...!'
Perjalanan dari Johor Bahru ke Seremban mengambil masa satu hari. Setiap stesyen berhenti dan aku kenal geography melalui pengalaman naik keretapi. Sedenak dulu ke Kluang dulu. Labis dulu ke Gemas dulu. Melaka tak ada dalam geography aku. Yang ada Batang Melaka.
Ramai yang ada pengalaman yang dikaitkan dengan keretapi. Teringat lagu Rafeah Buang. 'Keretapi bertolak dari ibu kota......tapi sayang oh sayang keretapi dah sampai. Di perhentian kami pun berpisah.' Saya pun ada pengalaman berkenalan dalam keretapi dengan sesaorang. Masa tu masih student naik keretapi dari JB ke KL. Bila sampai KL, dia ajak minum di restaurant Stesyen Keretapi. For the first time, saya baru tahu kena order sandwich by the dozen. Saya minta satu keping je. Dia kata at least half dozen. Malu jugak tapi memang tak biasa minum di restauran mahal. Beberapa bulan kemudian hari raya, dia datang kerumah dengan kawan. Bila dia balik mak sudah 'sound' kat saya. Mak kata abah tak suka. Stop. Keretapi sudah sampai stesyen. Perjalanan terhenti disitu.
Sekarang ada restauran nama 'Kluang Station' yang ada roti bakar popular. Saya ada saudara yang berkerja dan tinggal di Kluang station. Quarters keretapi betul2 disebelah rel. Sedang kami bersembang tiba2 keretapi lalu dan kami 'pause' sebentar untuk beri laluan bunyi bingit. Quarters nya sangat kecil dan sempit tetapi kami boleh tidur disitu ramai-ramai. Itu cara bersaudara ketika itu. Kita tidak perlu tidur hotel. Anak mak cik di Kluang Station ni berjodoh pulak dengan kerabat Sultan Johor dan sekarang tinggal dikawasan istana. Kuasa Tuhan siapa tahu, hari ni kita bersempit- sempit, esok lusa kita berlapang-lapang.Aaahhh... keretapi. Zaman telah berubah. Semuanya mesti laju dan pantas.
Tapi adakalanya kita teringin pulak yang santai dan relaks. Jom kita naik keretapi ke Cheingmai.




No comments:
Post a Comment