13 March 2011

Dialog atuk

kalau kau ada nasi, nak ajak aku makan tak pe lah

tu , bapa tiri kau tu pun nak makan jugak

eksersais tu kena hari hari kita buat, buat sekali sekali nak lawa badan macam dalam wayang gambar tu jangan haraplah...

ni nasi ada tak pelah

mak kita dah pi, bapa kita dah berambus dah

org yg punya tanah tak tahu menahu dah, dia punya rencana, kau nak makan sini beras, ni nasi ada.

kalau kau tengah lapar pi la bawa besen minta nasi, hey tak ada nasi, sini mana ada nasi

ha ,

kita nak jirus pokok pun tak larat

kau kalau tak ada nasi bolehlah pi kedai makan, kalau kurang2 sikit bolehlah atuk tambah

tuan rumah bukan ada , dia tak balik

kita mengenangkan malam nak makan tak ada nasi

bapa pun macam tu, menantu pun macam tu, dia nak ambik berat, huu tak adalah dia, dia eksersais dia je

kalau ada mak tak jadi macam ni, bukan macam mak yg ada ada ni, dia cabut je

tu yg pi sekolah tu macamana lah dia nak makan, belajar nak pandai, ni atuk ni belakang kiralah.

Sitah tu pandai, macamana pun dia pandai cari nasi

kena cari nasi sebelum maghrib ni, kalau bayar pun bayarlah, duit atuk ada dlm gulung ni

dia org tu ada ke ingat anak nak makan, budak yg berlatih atas padang tu nak makan

duit dlm poket habis diraba dek pencuri, engkau pergi mandi, habis dikoyak2nya poket

kita pun tak ada tengok dlm tempayan ada beras ke tak

nasib baik emak kita pun tak ada, atuk pun tak ada ...semua dah jalan

hari pelan gelap dah..abah dah cabut

malam nak ngira nyamuk lagi

(Dialog atuk semasa ayah sedang excersise , banyak lagi tapi cukup setakat ini)