Stop all the clocks, cut off the telephone,
Prevent the dog from barking with a juicy bone,
Silence the pianos and with muffled drum
Bring out the coffin, let the mourners come.
Let aeroplanes circle moaning overhead
Scribbling on the sky the message He Is Dead,
Put crepe bows round the white necks of the public doves,
Let the traffic policemen wear black cotton gloves.
He was my North, my South, my East and West,
My working week and my Sunday rest,
My noon, my midnight, my talk, my song;
I thought that love would last for ever: I was wrong.
The stars are not wanted now: put out every one;
Pack up the moon and dismantle the sun;
Pour away the ocean and sweep up the wood.
For nothing now can ever come to any good.
-W.H. Auden
31 March 2010
Lab assistant
Teringat masa sekolah dulu. Sekolah menengah. Sekolah perempuan. Ada 2 sesi, pagi dan petang. Ada 2000 murid. Seorang guru besar yang garang dan perempuan dan janda. Guru besar aku ada kereta jaguar. Rasanya guru besar aku je yang ada kereta jaguar. Kereta dia parking bawah porch. Satu-satunya porch yang ada. Pada ketika itu aku pun tak faham kenapa guru besar suka kereta tu, bukannya cantik.
Masa itu umur aku 16 tahun. tak ada boy friend. Best friend aku pun sama. Kami enjoy masa di sekolah. Sama macam remaja sekarang, suka buat lawak, suka usik kawan-kawan. Tapi yang aku tak enjoy bila kawan aku Rahmah matchkan aku dengan pembantu makmal. Pada masa itu dipanggil ' lab assistant'. Kalau tak silap makmal kimia. Dalam sekolah kami memang susah nak nampak laki-laki. Guru laki-laki yang tak berapa pun ada ramai peminat.
Lay out sekolah kami empat segi dan ditengah-tengahnya ada padang besar. Bilik darjah dikeliling padang. Ada ketika bila didalam kelas, dia orang signal aku suruh tengok luar. Bila tengok luar ternampak lab assistant tu sedang short cut tengah padang. Aku punya bengangla. Aku tak suka. Bila dalam makmal kimia lagi la. Selalunya beliau ( lab assistant) akan sediakan semua peralatan sebelum murid masuk makmal dan beliau akan duduk diam dalam biliknya. Tapi sesekali cikgu akan panggil dia untuk sesuatu urusan kimia dan dia akan keluar, mula la kawan-kawan aku 'signal'. Aku cukup marah kat dia orang. Bukan nya apa, aku takut beliau akan terperasan.
Walau pun kami selalu juga ada 'aquaintance' dengan beliau, tapi tak pernah dengar suaranya, dia sangat pendiam dan pemalu agaknya sebab terlalu ramai perempuan. Lab assistant ni boleh tahan handsome juga tapi aku tak suka. Tak suka. Dan di padankan dengan orang yang kita tak suka memang boleh buat kita marah.
Lastly, best friend aku yang 2 orang tu tanya kenapa aku tak suka sangat kat beliau. Aku tak boleh jawab sebab tak baik, kata mak. Kami pun terserempak dia sedang bercakap dengan cikgu kimia sambil tersengih. Baru best friend aku tahu kenapa. Gigi beliau.
30 March 2010
purnama patah: Tentang Melupakan
Ada yang menarik tentang post ini, bahasanya, ekpresinya, ceritanya, gambaran dan kesannya .purnama patah: Tentang Melupakan
anak ikan 2
ikan-ikan ni suka kat 'cursor'. tak percaya cuba letak cursor kat dalam aquarium. tunggu sat, nanti dia datang kumpul dan gigit-gigit cursor. sedap agaknya. hang pernah rasa cursor?
anak ikan
Rasanya aku bela 5 ekor, kenapa tinggal 4 ekor je. Dah mati ke? Ni mesti air tak tukar atau tak bagi makan.Makanan ikan awak dah beli ke?
16 March 2010
sakit kepala
Sakit kepala datang lagi. Mulai sabtu dah terasa. Ahad masih terasa dan masih bertahan. Isnin pun masih ada dan makin terasa. tidak boleh batuk kuat, terasa sangat sakit. malam isnin makan ubat tahan sakit dan rasa lega. Selasa baca artikel tentang brain tumor. Tanda brain tumor bila sakit kepala dikaitkan dengan muntah dan sangat sakit. Tak ada pulak muntah. Ada yang bunyi 'ringging' kat telinga atau sebelah telinga- kadang2 ada bunyi macam duduk dalam hutan( bunyi cengkerik). Kadang-kadang bunyi macam hujan lebat dan kita main tutup telinga- kejap dengar kejap padam.
Minta Allah sembuhkan.
Minta Allah sembuhkan.
Subscribe to:
Comments (Atom)